Saturday, April 16, 2011

.azam baru.

kata pujangga : membaca jambatan ilmu

pesanan pensyarah di setiap kali penutup akhir kelas : awak nak pandai, kena banyak membaca (sudah tentu bukan bacaan picisan - sedangkan aku hanya lebih gemar melihat gambar berwarna warni dalam sesebuah bahan bacaan)

aku perhati kawan-kawan : yang pandai memang biasanya lebih banyak membaca buku berbanding berbual-bual dengan partner sebelah (atau tido) ketika dalam perjalanan yang panjang dalam bas

pesanan penceramah : membaca saja tak cukup. awak semua perlu juga rajin menulis. menulis bantu kembangkan idea daripada pembacaan. apa guna banyak idea/pengetahuan tetapi tak berkongsi dengan orang ramai. paling mudah, mulalah wujudkan blog sendiri..blablabla..blabla bolehblah.. (..itupun kalau blog kita ada pengunjung - jawab aku dalam hati).



Oleh kerana kata-kata perangsang dari penceramah tu berjaya membuka akal dan hatiku, lantas seruan penceramah di atas tu aku sahut dengan postive untuk mula menulis (menaip) pada hari ini, pada tanggal 17 Mei 2011 (Ahad) @ 3.45am. Aku akan menulis apa sahaja.ulang suara, apa sahaja di laman blog ini hanya bagi satu tujuan. Untuk menambahbaik kemahiran mengembangkan idea dan berbahasa. Semoga pada hari-hari seterusnya, aku akan terus rajin mengotakan azam baru aku  tanpa rasa was-was.

p/s- sejak sekian lama, aku memang mudah sangat tertarik untuk membaca tulisan-tulisan atau taipan-taipan individu yang menggunapakai bahasa mudah untuk difahami dan dalam masa yang sama menarik pembaca  meneruskan bacaan hingga noktah terakhir. Walaupun perkara atau isu yang ditulis  bertajuk "saya hanya seekor katak". Pada aku, orang yang pandai menulis (ada jugak yang pandai menulis tapi malas untuk menulis.ah ruginya dia) adalah kreatif dan memikirkan banyak perkara berfaedah serta berkemahiran  mengadun bahan tulisan menjadi menarik. Paling nyata, aku bukan salah seorang di antara mereka).